Sunday, March 20, 2011

LEBIH SENSITIF DAN PEKA

Saya merasa amat pelik kadang-kadang terdapat antara kita yang langsung tidak pedulikan orang lain. Kita tidak rasa segan silu atau rasa bersalah di atas perbuatan yang kita lakukan.

Kita rasa selesa dengan kesusahan orang lain walhal kita penyebab perkara itu berlaku. Cuba kita bayangkan berhenti di bahu jalan yang sesak tanpa rasa malu dan tebal muka, buat pusingan U tanpa memberi isyarat dan bermacam lagi menyebabkan pengguna lain sakit hati melihat parangai manusia sekarang.

Adakah 'orang KL' sahaja yang berkelakuan begitu atau semua tempat sama? Adakah kita bosan dan rasa tertekan dengan pelbagai masalah atau kita sendiri yang mempunyai masalah...

Wednesday, February 16, 2011

Harga Dunia

Kenaikan semua harga barangan nyata atau tidak memang tidak dapat dielakkan. Kerajaan mengawal semampu mungkin, tetapi kita sebagai pengguna dan rakyat terasa kesannya.

Kerajaan 100% mengawal harga minyak, tetapi realitinya harga barang yang lain berkait rapat dengannya. Bermula dengan barang dapur hinggalah keperluan peribadi semuanya naik. Harga makan di restaurant naik, pakaian, service kenderaan dan lain-lain.

Realiti perlu kita hadapi, tapi pokoknya gaji kita bagaimana?Kerajaan ingin menaikkan taraf hidup rakyat dan mewujudkan pendapatan tinggi dapat dizahirkan, tetapi apakah mekanisme untuk itu?

Setiap hari kita cuba untuk terus mempertingkat pendapatan. Niaga kecil-kecilan, buat MLM, dan berjimat cermat antara yang popular kita lakukan. Adakah ianya berjaya dan berhasil?

Monday, January 24, 2011

Happy Monday

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke -4 di bulan Januari. Tahun 2011 terus melangkah laju, kita pula bagaimana? Hari ni saya penuh dengan 'meeting'. Syura memang di anjurkan oleh Islam sebagai satu wadah untuk kita mencari jalan penyelesaian ataupun menyelesaikan sesuatu perkara dengan penuh hikmah.

Apabila kita bersyura dengan orang islam dan bukan islam, pastinya ada adab dan tatasusila , begitu juga dengan yang bukan islam. Kadang-kadang kita lebih selesa bersyura dengan orang bukan seagama kita, kenapa ya? terutama apabila kita buat 'deal' berkaitan projek atau tender syarikat. Ada yang bermacam pendapat, antaranya pegawai bukan islam mudah untuk 'discuss' atau pun ada yang tidak perlu saya nyatakan di sini......

Syura yang dinaungi dengan rasa rendah diri dan penuh hikmah sudah pasti natijahnya bernas. Kita perlu ketepikan siapa kita dan kedudukan kita, yang penting pokok perbincangan dan halatuju syura tersebut.


Sunday, January 16, 2011

Akal mengatasi segalanya

Kurnian Allah SWT yang tiada tolok bandingnya, tidak sesiapa menafikan peranannya dan memang kita teruja dengan ciptaan Yang Maha Esa, tetapi ada yang tidak menggunakannya sebaik mungkin atau tidak maksimumkannya.

Gabungan akal yang sihat dan ditambah pula dengan iman, ilmu dan amal merupakan kombinasi yang mantap untuk kita bergerak sebagai platfom hamba Allah yang berjaya.

Monday, January 10, 2011

Senario Hari Ini

Sekelian membicarakan kehidupan yang kian mencabar. Kita menghitung hari dengan tepat dan agenda utama untuk tidak ketinggalan dengan dunia yang pantas berlari. Kadang-kadang kita tidak dapat mengejar seiring tapi adakah kita akan terkebelakang atau tercicir dari arus dunia kini?

Tahun 2011 dengan kenaikan minyak dan faktor sekeliling yang tidak dapat dielakkan. Adakah kita umpama mentimun? atau kita ada 'power' yang kita belum gunakan lagi?

Bagaimana cara untuk kita harungi abad yang baru ini? Pendapatan kita perlu ditingkatkan, tapi bagaimana?

Kerajaan yang memikul amanah sudah pasti ada agenda untuk membantu rakyat. Bukan hanya sibuk dengan mainan politik yang kadang-kadang membuatkan rakyat naik meluat. Samada di puak 'A' atau 'B' keutamaan rakyat mesti dijaga.

Pimpinan YAB PM banyak merangka tranformasi untuk kebajikan rakyat. Dana atau kantng negara diselaraskan untuk memenuhi keperluan asasi rakyat. Kita sebagai rakyat sudah pasti mengharapkan penambahbaikan dalam sisio ekonomi masing-masing.

Kehidupan di ibu kota kian menghimpit. Semua aspek perlu di ambil kira. Jika kita keluar untuk 'shoping', apa yang perlu kita belanjakan? Makan minum, pakaian, keperluan dapur, anak-anak, ibu-bapa, 'maintenance' kereta, bil-bil yang wajib, hutang ......

Jika kita buat kira-kira, memang gaji tidak cukup. Duit simpanan tidak dapat membantu. Seperkara lagi nak menyimpan? cukup ke untuk perbelanjaan?

'Motivator' kata simpan 10 - 20 % daripada duit gaji? cuba kita kira, dapat ke simpan?

Friday, January 7, 2011

Jumaat pertama 2011

Penghulu sekelian hari, syyidul ayyam yang pertama tahun 2011 hari ini 7 Januari. Cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai, mengiringi kaum adam ke masjid menunaikan solat jumaat. Aktiviti seperti biasa diteruskan, kiri kanan masjid peniaga menjual seperti biasa. Rezeqi meniaga tetap ada, tapi jangan lupa azan kedua apa hukumnya jika aktiviti dijalankan?

Doa dan kelebihannya....para jemaah tekun dan khusyu' mengaminkan doa imam, kita juga jangan lupa banyakkan doa peribadi untuk diri kita, keluarga, anak isteri, umat islam seluruhnya. Antara waktu yang maqbul dan digalakkan kita berdoa ialah di antara dua khutbah apabila khatib berhenti sebentar serta selepas azan dan iqamah.

Rasullulah SAW menggalakkan kita membaca Al-Quran dan dijadikan amalan harian, pada hari jumaat Nabi SAW menganjurkan kita membaca surah Al Kahfi dan Surah AlWaqi'ah. Al-Quran sebagai pegangan dan panduan tidak kita akan sesat jika berpegang teguh padanya serta hadis nabi yang sahih SAW.

Tuesday, January 4, 2011

Azam dan tekad

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, sujud dan syukur atas segala nikmat dan kurnian Nya Yang Maha Kuasa.

Tahun 2011 telah masuk hari ke 4, sudah pasti kita semua meniti hari demi hari dengan penuh keazaman dan tekad baru atau masih lagi terngiang-ngiang sambutan tahun baru yang disambut baru-baru ini.

Setiap kita diamanahkan Allah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Amanah ini sudah lama dipikul sejak nabi Adam a.s dan sehinggalah kiamat. Manusia diciptakan Allah SWT sebagai khalifah memakmurkan muka bumi ini dengan pelbagai cara dan susun atur yang unik dan hebat.

Seharian kita diamanahkan untuk mengisi 24 jam yang ada dengan urusan dunia dan akhirat. Untuk menjadikan setiap kerja yang kita lakukan sebagai ibadah kepada Allah dan diberi ganjaran yang setimpal maka 2 perkara utama : iaitu Niat yang ikhlas kerana Allah dan segala amalan kita mengikut landasan yang ditetapkan oleh nabi Muhammad SAW.

Tidak kira pekerjaan apa yang kita lakukan maka dua syarat di atas perlu dipatuhi. Sudah pasti kita mahukan rezeqi yang halal dan sumber yang halal serta pekerjaan tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Selangkah kita meninggalkan rumah dengan niat untuk mencari rezeqi kerana Allah, maka setiap langkah akan diberi ganjaran pahala di samping doa kepada Allah agar kita selamat di dalam perjalanan pergi dan pulang.

Kita kadang-kadang terlupa berdoa, kita tahu peranan doa dan kesannya, tetapi atas faktor lupa dan sibuk dengan hal yang lain kita tidak berdoa setiap kali kita melangkah keluar dari rumah.

Doa memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam setiap urusan yang kita lakukan. Sehingga nabi menyatakan bahawa doa adalah sebagai otak ibadah. Bermaksud pentingnya doa di dalam ibadah seharian kita.

Kita hanya berdoa setiap kali lepas solat sahaja, tetapi doa adalah bila-bila masa tidak kira tempat dan ketika. Doa sama ada secara nyata atau di dalam hati mengikut kesesuaian. Kita akan dapat rasakan kesan doa sekiranya kita betul-betul ikhlas dan mengharapkan tiada lain selain Allah SWT. Banyak peristiwa yang kita boleh ambil iktibar sama ada di dalam Al quran dan hadis nabi, bagaimana baginda dan para anbiya' serta sahabat berdoa dalam pelbagai situasi.

Di dalam pekerjaan yang kita lakukan, tidak kira jawatan apakah yang kita sandang, mesti kita jadikannya sebagai satu ibadah.

Ibadah umum adalah termasuk di dalam semua aspek kehidupan kita seharian termasuk kerja yang kita lakukan. Ibadah khusus adalah yang telah terkandung di dalam rukun islam yang kita yakini dengan syarat-syaratnya tersendiri.

Insya allah setiap amalan kita akan sentiasa mendapat limpahan rahmat Ilahi...aamin