Friday, January 7, 2011

Jumaat pertama 2011

Penghulu sekelian hari, syyidul ayyam yang pertama tahun 2011 hari ini 7 Januari. Cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai, mengiringi kaum adam ke masjid menunaikan solat jumaat. Aktiviti seperti biasa diteruskan, kiri kanan masjid peniaga menjual seperti biasa. Rezeqi meniaga tetap ada, tapi jangan lupa azan kedua apa hukumnya jika aktiviti dijalankan?

Doa dan kelebihannya....para jemaah tekun dan khusyu' mengaminkan doa imam, kita juga jangan lupa banyakkan doa peribadi untuk diri kita, keluarga, anak isteri, umat islam seluruhnya. Antara waktu yang maqbul dan digalakkan kita berdoa ialah di antara dua khutbah apabila khatib berhenti sebentar serta selepas azan dan iqamah.

Rasullulah SAW menggalakkan kita membaca Al-Quran dan dijadikan amalan harian, pada hari jumaat Nabi SAW menganjurkan kita membaca surah Al Kahfi dan Surah AlWaqi'ah. Al-Quran sebagai pegangan dan panduan tidak kita akan sesat jika berpegang teguh padanya serta hadis nabi yang sahih SAW.

No comments: