Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011 MENITI SEBUAH KEHIDUPAN BARU

Assalamulaikumwarahmatullah dan salam sejahtera. Telah lama saya tidak membuka blog ini kerana tugasan seharian yang tidak mengizinkan. 2010 telah pergi tanpa kita sedari dan 2011 tiba dan mengajak kita mengorak langkah ke abad yang baru meniti setiap detik dan saat tanpa menoleh kebelakang.

Di mana kita sekarang? Angka berubah secara automatik dan kita pula bagaimana? adakah telah berubah mengikut edaran masa dan zaman? atau kita tetap dengan pendirian mengatur hidup berpanduan arahan Yang Maha Esa.

Tiada masa bukan alasan untuk kita tidak penuhi tanggungjawab. Tanggungjawab kita kepada Allah dan Rasul Nya, diri sendiri, keluarga, ibu bapa, jiran, sahabat handai, tugasan kerja seharian. Kita akan rasa terbeban jika kita terus dibelenggu sebuah kehidupan yang sempit dan tidak pro aktif dan positif.

Allah SWT telah memberi kita 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8760 jam, 52600 minit dan 3153600 saat. Kemana kita gunakan?

No comments: